Membangun aplikasi mobile 'Sistem Tempahan Pengasuh Bahagia' (JavaScript, Android Studio & C-Panel)

Job ID: 33243417

Budget: $250 – $750 USD

Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan sistem yang sangat berguna untuk memudahkan pengguna melalui aplikasi mobile yang ingin mengupah seseorang mendapatkan perkhidmatan pengasuh berdasarkan bajet dan keperluan mereka tanpa membuang masa dan untuk mengelakkan sentuhan fizikal yang rapat. Projek ini terbahagi kepada tiga iaitu pelanggan, pengasuh dan pentadbir sistem.

Objektif Projek

Untuk mencapai matlamat projek, tiga objektif utama telah dikenalpasti. Tiga objektif pembangunan sistem adalah seperti berikut:
i. Untuk mengkaji perkhidmatan permohonan pengasuh di rumah pelanggan.
ii. Untuk mereka bentuk dan membangun sistem sedia ada untuk perkhidmatan aplikasi ‘Sistem Tempahan Pengasuh Bahagia’.
iii. Untuk menguji dan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi yang memerlukan perkhidmatan pengasuh.

Skop Projek

Perkhidmatan pengasuh hanyalah untuk datang ke rumah pelanggan sahaja di bandar iaitu di sekitar Lembah Klang. Skop sistem ini ialah:
a) Pelanggan
i. Muat turun aplikasi Android melalui laman web atau media sosial dan PENDAFTARAN akaun baru.
ii. Pandukan pelanggan untuk hidupkan LOKASI dan senaraikan perkhidmatan yang terpapar di aplikasi.
iii. Menempah EMPAT KATEGORI pengasuh yang disebutkan di halaman Matlamat Projek.
iv. Membuat PEMBAYARAN dengan pilihan pembayaran di aplikasi mengikut keselesaan pelanggan.
v. Status pelanggan menempah pengasuh akan mendapat NOTIFIKASI untuk memulakan perkhidmatan pengasuh.
b) Pengasuh
i. PENDAFTARAN sama seperti skop pelanggan.
ii. Pengasuh boleh memilih KATEGORI pekerjaan masing-masing yang mereka ingin membuat kerja sambilan.
iii. Status pengasuh akan mendapat NOTIFIKASI jika ada pekerjaan yang akan datang.
iv. Pengasuh akan mendapat TAWARAN KERJA apabila diluluskan oleh pentadbir sistem.
c) Pentadbir Sistem
i. MENGEDIT butiran, mengemaskini status kerja dan memberi pesanan kepada pengasuh.
ii. MENGURUS penjejakan pelanggan dan pengasuh.
iii. DITERIMA atau DITOLAK permintaan pelanggan dan pengasuh.
iv. Boleh enetapkan pengasuh tertentu mengikut TEMPAHAN SEGERA yang dibuat oleh pelanggan.
Related categories: JavaScript MySQL Android Studio